Komando 69 Dan Unit Tindakan Khas (PDRM)
KOMANDO 69 (VAT 69)
- Komando 69
Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan Komando 69 dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment telah dihantar ke Fort Kemar, Perakuntuk melatih platun percubaan Komando 69. Diakhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama Komando 69. Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis dihutan. Keputusannya, ramai diantara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron Komando 69 telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih Komando 69 yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri.
LAMBANG
- Motto
- Warisan Darah Perwira
- Hitam
- Simbolik kepada penugasan Komando 69 dalam operasi-operasi yang mempunyai kerahsiaan yang tinggi.
- Merah
- Melambangkan keberanian bagi perajurit-perajurit Komando 69
- Kuning
- Melambangkan Ketaatsetiaan kepada Raja dan Negara.
- Lembing / Tombak
- Senjata tradisi yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu.
- 2 Bilah Kerambit
- Merujuk kepada angka 69, melambangkan membunuh musuh secara senyap
LATIHAN
Latihan asas Komando 69 terdiri daripada 3 fasa;- Fasa Pertama
- Setiap pelatih akan diberi latihan khusus dalam teknik rondaan khas.
- Fasa Kedua
- Setiap pelatih akan diberi latihan dan teknik seperti penyusupan khas, komunikasi, perubatan perang dan penggunaan bahan letupan. Para pelatih diajar memasang jerangkap samar, mematikan bahan letupan dan pelbagai teknik pertempuran.
- Fasa Ketiga
- Latihan yang terakhir, para pelatih akan diuji dengan pelbagai aspek berkaitan teknik-teknik yang telah dipelajari. Diakhir latihan, perhatian khusus akan diberi kepada pelatih-pelatih untuk menentukan siapa diantara yang mempunyai potensi sebagai anggota unit ini.
Payung Terjun
- Pasukan payung terjun Komando 69 bermula pada 1978 dimana 65 pegawai dan anggota dihantar ke Hua Hin, Thailand untuk dilatih oleh tenaga pengajar dari Pusat Latihan Payung Terjun Pasukan Polis Sempadan Polis Diraja Thailand. Latihan asas payung terjun dijalankan selama sebulan dimana setiap pelatih dikehendaki melakukan terjun statik. Setiap peserta hendaklah melakukan 10 kali penerjunan termasuk sekali di permukaan air. Setelah mendapatkan sayap penerjunan, semua pelatih akan dilatih dengan penerjunan bebas atau kursus lanjut (HALO / HAHO).
Tempur Jarak Dekat (CQB) dan Menyelamat Tebusan
- Latihan tempur jarak dekat dijalankan oleh jurulatih Komando 69 sendiri. Kursus ini dikhaskan untuk taktik dan teknik operasi anti-pengganas. Antaranya adalah menyelamat tebusan di dalam bangunan, pesawat dan kereta api.
Menyelam
- Keanggotaan lain yang diterapkan dalam Komando 69 adalah menyelam, separuh dari anggota Komando 69 mampu melaksanakan misi penyelaman. Latihan selama sebulan dilanjutkan dengan kursus ’Dive Master’ dengan kemampuan menyelam sedalam 150 kaki (50 meter). Mereka mampu dikerahkan dari pesawat helikopter.
- Umumnya, kemampuan anggota Komando 69 berkemungkinan mengikuti kursus peringkat master untuk pertempuran gerila/hutan, FIBUA / OBUA / MOUT, penembak tepat, mencari dan menyelamat, payung terjun, tempur jarak dekat, tempur tanpa senjata, komunikasi, selam tempur, perubatan, kawalan rapat dan juga serbuan kapal.
KELENGKAPAN
Pasukan Komando 69 dan Unit Tindakan Khas dilengkapi dengan peralatan khas sepertimana pasukan khas SAS, SWAT dan SEAL. Disini adalah senarai senjata dan kelengkapan yang digunakan oleh kedua-dua unit ini.Senjata
Data Persenjataan Khas | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pistol | Senapang Patah | SMG/PDW | Raifal/Karbin | Penembak Tepat | Mesingan | Grened | |
Beretta M92F/S1 | Remington M870 | HK MP5A3 | Colt M16A1 | Acc-Int. PM | M60E1 | M79 | |
Browning HP Mk.3 | Remington M1100 | HK MP5-K | HK 331 | HK G3/SG-1 | HK 11A1 | M203 | |
Colt M1911A11 | Winchester M12 | HK MP5SD2 | Steyr AUG A2 | HK 33 Sniper1 | Grened Kuasa Tinggi | ||
Glock 19 | Franchi SPAS 12 | HK MP7 PDW | HK 416 | Sig SSG 2000 | Grened Cahaya | ||
HK P9S | Franchi SPAS 15 | HK G36C | Remington 700 | Grened Asap | |||
Sig Sauer P226 | |||||||
Steyr M-9 | |||||||
Vektor SP1 | |||||||
Yavuz 16 Compact |
Kelengkapan
- Alat Pandang Malam (Night Vision Goggle, NVG)
- Pejera Laser
- Pejera EO Tech
- Ves Kalis Peluru
MISI DAN OPERASI
Pasukan elit Komando 69 dan UTK mempunyai rekod pertempuran yang baik tetapi mempunyai profil yang rendah, khasnya UTK.- 1969 - Komando 69 memulakan operasi pertamanya di hutan dan berjaya menumpaskan sebilangan besar komunis dan merampas kesemua senjata dan kelengkapan komunis.
- 19 November 1985 - Unit anti-pengganas Komando 69 bersama seluruh formasi PDRM didalam operasi yang dikenali sebagai Ops Hapus melakukan serbuan ke atas kediaman Ibrahim Mahmud yang dikenali sebagai Ibrahim Libya di Kampung Memali, Baling, Kedah yang menyebabkan beliau terkorban ditembak berpuluh kali di dadanya bersama 13 penduduk kampung. Selain itu, seorang pegawai kanan PPH dan dua anggota polis turut terkorban, dipercayai tertembak sesama sendiri.
- Berikutan insiden kegiatan lanun yang mengganas di kawasan pekan di Sabah, pasukan Komando 69 telah dihantar beroperasi untuk menumpaskan aktiviti lanun di Sabah dan hasilnya, kegiatan lanun berjaya dihapuskan.
- Oktober 1985 - Unit Tindakan Khas terlibat dalam satu operasi menyelamat tebusan seorang doktor dan pembantu perubatan oleh enam banduan yang bersenjata api di Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Enam hari kemudian, serbuan yang dijalankan berjaya membuahkan hasil apabila tebusan tersebut berjaya diselamatkan, manakala Jimmy Chua, seorang penjenayah warga Singapura yang merupakan dalang disebalik drama tebusan tersebut berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
- Seorang ahli militan MNLF Filipina bernama Rizal Aleh berjaya melarikan diri ke Sabah bersama bapanya dan memulakan kegiatan jenayah dengan taktik-taktik lanun. Apabila Komando 69 yang diketuai oleh DSP Mohd Noor bin Razak dihantar sekali lagi ke Sabah, Rizal, bapanya dan rakan-rakannya berjaya diberkas dan dihadapkan ke mahkamah Semenanjung atas jenayah yang dilakukan, kemudiannya Rizal dan bapanya diserahkan kepada kerajaan Filipina memandangkan kedua-duanya amat dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
- 29 Jun 1994 - Unit Tindakan Khas telah melakukan serbuan ke atas sebuah tempat persembunyian P. Kalimuthu atau Bentong Kali di Medan Damasara, Selangor. Dalam serbuan ini, penjenayah yang paling dikehendaki polis ini berjaya ditembak mati.
UNITI TINDAKAN KHAS (UTK)
- Unit Tindakan Khas
VAT 69/UTK | |
---|---|
Logo Pasukan Elit Komando 69/UTK. | |
Aktif | Oktober 1969 - VAT 69Januari 1975 - UTK |
Negara | Malaysia |
Cawangan | Polis Diraja Malaysia |
Jenis | Pasukan Elit |
Peranan | Pencegah keganasan dalam negara dan penguatkuasa undang-undang |
Keanggotaan | Sulit |
Sebahagian dari | Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam - KDN/KA |
Markas/Ibu pejabat | Ibu pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, dan Pusat Latihan PGK Ulu Kinta, Perak |
Gelaran | Task Force, Charlie Force, Special Project Unit, PGK B - VAT 69PGK A - UTK |
Motto | Warisan Darah Perwira - VAT 69Tangkas Banteras Ganas - UTK |
Perang/pertempuran | Insurgensi Komunis, Penumpasan Lanun, Pencegahan Jenayah, Militan Rizal Aleh (MNLF) |
Pasukan Gerakan Khas | |
---|---|
Panji Pasukan Gerakan Khas. | |
Aktif | 20 Oktober 1997 - kini |
Negara | Malaysia |
Cawangan | Polis Diraja Malaysia |
Jenis | Pasukan Operasi Khusus |
Peranan | Pencegah keganasan domestik dan penguatkuasaan undang-undang |
Keanggotaan | Sulit |
Sebahagian dari | Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam - KDN/KA dan Pasukan Operasi Khusus Malaysia |
Markas/Ibu pejabat | Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,Kuala Lumpur, dan Pusat Latihan PGK Ulu Kinta,Perak |
Gelaran | PGK Detasemen A - UTK PGK Detasemen B - VAT 69 |
Motto | Warisan Darah Perwira - VAT 69, Tangkas Banteras Ganas - UTK |
Warna | Beret Merah hati dan Perang |
Ulang tahun | 23 Oktober,25 Mac (Ulangtahun Peringatan Hari Polis),31 Ogos (Ulangtahun Hari Kemerdekaan Malaysia) |
Perang/pertempuran | Sila lihat Operasi yang diketahui |
Komander | |
Kolonel Rejimen | SAC II Muhammad Sabtu bin Osman |
Tanda kebesaran | |
Trimedia PGK |
Pasukan Gerakan Khas (PGK) merupakan satu pasukan khas anti keganasan berprofil tinggi dan pasukan operasi khusus Polis Diraja Malaysia gabungan Battalion Komando 69 dan Unit Tindakan Khas. Pasukan berberet merah hati atau maroon dan perang ini dilatih khas untuk menangani segala bentuk ancaman keganasan dan jenayah berat di Malaysia.
Ditubuhkan khas sebagai pasukan elit yang mempunyai kemampuan menangani pelbagai serangan pengganas dan jenayah bermula dari ancaman rompakan bersenjata hingga operasi menyelamat. Keanggotaan bagi unit khas ini adalah rahsia dikatakan beroperasi secara efektif pada bulan Oktober 1997 dan terdiri daripada bahagian siasatan khas, unit operasi sistem C4-I, kepakaran letupan khas (misalnya unit pemusnah bom), dan unit penggempur yang terdiri daripada unit penembak tepat. Sebagai pasukan operasi khusus, setiap pegawai dan anggota PGK ini memiliki kemampuan operasi di tiga persekitaran, iaitu di darat, laut, dan udara.
IDENTITI
- Beret Merun
- Melambangkan identiti Pasukan Gerakan Khas A atau Unit Tindakan Khas.
- Beret Perang Pasir
- Melambangkan identiti Pasukan Gerakan Khas B atau Komando 69.
- Trimedia Sayap Payung Terjun
- Merupakan lambang rasmi yang dipakai oleh pasukan elit PDRM ini. Dan juga kemampuannya dalam pengoperasian unit payung terjun pasukan ini dan penyusupan komando melalui udara.
TUGAS
Peranan Pasukan Gerakan Khas meliputi:- Pengumpulan risikan khas dalam misi pengintipan dan tugas menggempur.
- Melibatkan diri dalam operasi khas membantu Cawangan Khas PDRM dalam memerangi organisasi subversif atau kegiatan pengganas.
- Operasi menangani-keganasan didalam negara bersama dengan angkatan tentera.
- Penguatkuasaan undang-undang dalam tugas menangani pelbagai jenayah bersenjata didalam negara.
- Operasi menangani-keganasan diluar negara Malaysia, misalnya Operasi Astute di Timor Leste.
- Tugas mencari dan menyelamat didalam dan luar Malaysia, contohnya insiden tsunami di Acheh, Indonesia.
- Tugas kawalan rapat ke atas Yang DiPertuan Agung, raja-raja diseluruh Malaysia, menteri dan orang-orang kenamaan serta diplomat.
- Tugas-tugas lain yang difikirkan sesuai setelah mendapat kelulusan daripada Ketua Polis Negara atau Timbalan Ketua Polis Negara.
SEJARAH
ORGANISASI
Pada 20 hb Oktober 1997, pasukan Komando 69 dan Unit Tindakan Khas digabungkan dalam satu unit dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas. Unit ini dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri (B) Rahim Noor. Namun, nama Pasukan Gerakan Khas ini dikekalkan dan kedua-dua unit ini dipisahkan semula dan diberikan gelaran baru. Unit Tindakan Khas digelar sebagai Pasukan Gerakan Khas A danPasukan Gerakan Khas B merupakan gelaran kepada Komando 69.Berpusat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan diletakkan dibawah tanggungjawab Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam yang dipertanggungjawabkan terhadap tugas dan fungsi-fungsi PGK kepada KPN. Ianya dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assisten Commissioner II dan juga merangkap Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam (KDN/KA).
Berikutan meningkatnya beberapa siri insiden keganasan di pascaserangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat, unit ini dipertingkatkan kepada penugasan anti keganasan bagi mengelakkan negara yang berdaulat ini dipengaruhi oleh sebarang agenda pengganas walau seinci sekalipun. Bagi memastikan sebarang operasi (khasnya operasi anti-pengganas) berjaya, keanggotaan PGK yang mana 1 platun berkekuatan 6 hingga 10 anggota dan diketuai oleh pegawai berpangkat sekurang-kurangnya Inspektor hingga Superintendant terdiri daripada ahli raifal atau anggota CQB, pakar bahan letupan, komunikasi dan paramedik. Selain itu, unit ini turut bekerjasama dengan pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia seperti10 PARA, Grup Gerak Khas, PASKAL dan PASKAU bagi menjaga keselamatan dan keamanan Malaysia.
OPERASI, PERINTAH DAN KAWALAN
Komander PGK bertanggungjawab dalam sebarang operasi yang dijalankan. Kerjasama dan bantuan boleh diperolehi dari Ketua Polis Negeri di mana sebarang operasi tersebut dijalankan. Komander PGK juga bertanggungjawab terhadap pendekatan yang diambil dalam melaksanakan tugas.PERANAN
UTK yang beroperasi seperti unit SWAT Amerika Syarikat ini menjalani operasi dengan tanpa pakaian seragam unit khas. Unit ini biasanya menjalankan operasi mengekang kegiatan jenayah bersenjata di pekan dan bandar. Manakala Komando 69 yang asalnya merupakan batalion elit bagi Pasukan Polis Hutan (PPH) (kini Pasukan Gerakan Am) menjalankan operasi dihutan bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia untuk membanteras segala ancaman pengganas komunis pada tahun 1969 hingga berakhirnya tempoh insurgensi pada tahun 1989 (20 tahun). Dilatih khusus oleh Special Air Service United Kingdom, perwira Komando 69 kini menjalani latihan pelbagai tempur dan misi pengintipan khas.Pasukan penembak tepat dan pakar bahan letupan unit ini pernah mendapat latihan khas dari beberapa pasukan elit negara asing termasuklah Special Air Service (Australia, New Zealand dan United Kingdom), Pasukan Peronda Sempadan Polis Diraja Thailand dan beberapa unit-unit elit Amerika Syarikat seperti US Navy SEALs, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Special Weapon and Tactics (SWAT) serta pasukan elit yang lain. UTK diberi beret maroon dan Komando 69 dianugerahkan beret kelabu, iaitu beret kebanggaan yang dianugerahkan oleh pasukan ke 22 SAS.
Pada 14 November 2006, adalah menjadi sejarah pertama buat Pasukan Gerakan Khas apabila kedua-dua beret kebanggaan unit ini dianugerahkan sebagai Beret Diraja setelah dipersembahkan kepadaYang Dipertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulaildi Perbarisan Diraja yang bertempat di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur sempena persaraan baginda sebagai Yang Dipertuan Agong.
LATIHAN BERSAMA
Pasukan Gerakan Khas turut menjalani latihan silang bersama dengan unit-unit elit luar negara seperti British SAS, BRIMOB Indonesia, STAR Singapura, ASASR (Australia), NZSAS (New Zealand), Pasukan Penyelamat Tebusan FBI, US Green Beret dan US Special Operations Command Pacific (USSOCPAC).Unit ini mendapat latihan khas meliputi kursus;
- Teknik tempur jarak dekat (CQB atau CQC)
- Mencari dan menyelamat
- Menyelamat tebusan
- Penerjunan bebas (HALO/HAHO)
- Mematikan alat letupan (EOD)
- Mengalih atau mematikan bahan HAZMAT
- Operasi di kawasan pembinaan - OBUA
- Tempur bukan konvensional
- Kawalan rapat
- Kepakaran menembak pantas dan tepat (sharpshooter)
- Sabotaj
- Perisikan khas
- Penggunaan pelbagai bahasa
- Tempur dan menyelamat didalam bangunan, pelantar minyak, kapal dagang serta didalam bandar - FIBUA
- Tempur didalam keretapi, lapangan terbang dan pesawat udara
- Pengintipan
- Turun menggunakan tali
- Rondaan jarak jauh
- Penembak tepat
- Pengendalian sistem C4-I
- Penggunaan unit K9
- Tempur tanpa senjata
- Tempur berpisau (misalnya dengan pisau tempur, keris, kapak pedang dan,terutamanya kerambit)
- Karate do
- Seni silat polis (Silat Warisan Gayung Halilintar, khasnya bagi Komando 69),
- Mematikan jerangkap samar
- Letupan khas di bawah permukaan air
- Penyelam tempur
- Tempur berkenderaan khasnya bermotosikal
- Penyusupan lintas udara
- Penyamaran sulit khas(khasnya 69 Komando)
- Latihan payung terjun dan pelbagai lagi.
TOKOH TERKENAL PGK
- Wira Komando 69, DSP G/9045 Mohd Noor bin Razak (bersara)
- Wira Komando 69, ASP G/10958 Abdul Razak bin Mohd Yusoff
- ASP G/11188 M.V Serikumar s/o Madhavan Nair
- ASP G/12236 Abd. Rahim Saffiee
- Wira Komando 69, ASP I/3427 Mohd Zabri bin Abdul Hamid(meninggal dunia pada 3 September 1975)
- Sarjan Abdul Rahim bin Megat
- Koperal Md. Nazri bin Kassim
- Koperal Jamaluddin bin Md. Isa
- Koperal Ismail bin Ibrahim (meninggal dunia pada 27 Mac, 2000 - Nahas Payung Terjun)
- Koperal 110992 Idrus bin Johar (meninggal dunia pada 18 Ogos, 2004 - Nahas Payung Terjun)
- Koperal Zawawi bin Hassan
- Koperal/W 133562 Mazlinda binti Mohd Noor
- Koperal/W 138143 Merli Zaifa binti Abdul Sani
- Komander=Assisten Commisioner (ACP) kepada Deputy Comissioner (DCP).
- Ketua Batalion=Assisten Superintendent (ASP) kepada Superintendent (Supt).
- Ketua Kompeni=Inspektor kepada Cif Inspektor
- Ketua Skuad/Ketua Platun=Sarjan kepada Sub Inspektor.
KELENGKAPAN
Sebagaimana pasukan khas yang lain, Pasukan Gerakan Khas semestinya dilengkapi dengan persenjataan khusus dan peralatan khas bagi penugasan khas menangani keganasan dan kegiatan jenayah berat. Disini ialah senarai senjata api dan peralatan yang digunakan oleh unit ini.Senjata Api
Data Kelengkapan Senjata Api | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pistol | Senapang Patah | Submesingan | Raifal Tempur/Karbin | Penembak Tepat | Mesingan | P. Grened | |
Glock 17 | Benelli M3 Super 90 | HK MP5A5 | Colt M4A1 SOPMOD Block I | Acc-Int. PM | FN Minimi | HK AG-364 | |
Glock 18 | Franchi SPAS-12 | HK MP5-N | Colt M16A1 | HK PSG-1A1 | M60E2 | M79 | |
Glock 19 | Mossberg 590 | HK MP5K-A4 | HK 416 Commando1 | Remington M700 | M203 | ||
HK Mark 23 Mod 02 | Remington M870 | HK MP5SD3 | HK G36C | ||||
HK USP Compact | Remington M1100 | HK MP7A11 | Steyr AUG A2 | ||||
Sig Sauer P2022 | HK UMP 9 | ||||||
STI Grandmaster |
1Diawal tahun 2007, dipercayai PDRM akan dibekalkan sistem persenjataan terbaru oleh Syarikat Persenjataan Heckler & Koch yang terdiri daripada senjata HK MP7 PDW, HK 416 Commando, HK 417 Sniper dan HK XM8 Commando kepada unit Pasukan Gerakan Khas dan unit-unit lain setelah menjalani uji nilai pada bulan Disember 2006 bagi meningkatkan keperluan sistem persenjataan yang ada didalam PDRM.
2Difahamkan, pistol separa automatik Heckler & Koch Mark 23 berkaliber .45 ACP turut dibekalkan kepada unit elit PDRM ini bagi menggantikan pistol Colt M1911 yang telah usang, tetapi hanya segelintir kecil sahaja yang menggunakannya. Ini kerana, majoriti dikalangan pegawai dan anggota elit ini lebih gemar menggunakan pistol berkaliber 9 mm namun Mark 23 ini masih mendapat tempat terutamanya jika digunakan dalam pertempuran jarak dekat memandangkan ianya begitu efektif dan mampu memberikan kuasa tembakan yang amat jitu (stopping power) sungguhpun menggunakan kaliber yang berkuasa tinggi.
3Turut difahamkan, HK UMP 9 yang menggunakan peluru 9 mm ini turut digunakan oleh pasukan respon krisis yang ada di dalam unit aturgerakcepat Pasukan Gerakan Khas serta cawangan-cawangan PDRM dalam menangani sebarang krisis yang melibatkan keganasan dan jenayah. Submesingan Heckler & Koch MP5 adalah sistem persenjataan ringan yang paling cukup sinonim dengan persenjataan pasukan khas seluruh dunia termasuk PGK sendiri.
4Pelancar bom tangan HK AG-36 yang boleh dikembarkan dengan raifal G36, 416 dan M4 atau M16 akan dibekalkan kepada unit ini bagi memperkasakan sistem persenjataan ringan unit ini.
Peralatan Sokongan
Data Kelengkapan Sokongan | |||||
---|---|---|---|---|---|
Grened Kuasa Tinggi | Grened Cahaya | Gas Pemedih Mata | Perisai Taktikal | Sistem Pandang Malam | Penanda Laser |
T - Baton | Gari Flexi | Topeng Gas | Taser | Penyembur Lada | Pejera Teleskopik |
Kamera Optik | Lampu Suluh | Battering Ram | Ves Kalis Peluru | Bahan Letupan C4 | Kamera Jarak Jauh |
Tangga Gempur | Peluru Tambahan | Topi Balistik SPECTRA | Pejera Titik Merah ML2 | Aimpoint CompM2 | Aimpoint CompM4 |
A/Pertolongan Cemas | Gari | Skop Inframerah | Peluru Kekacang2 | Alat Pemusnah Bom | AN/PEQ-6 |
2Peluru kekacang atau bean bag shells merupakan peluru senapang patah yang biasanya digunakan oleh polis khasnya di Amerika Syarikat bertujuan untuk menyuraikan rusuhan yang tidak mampu dikawal dengan gas pemedih mata. Ia tidak sama dengan kaliber Buckshoot, bebola kekacang peluru yang diperbuat daripada plastik dan getah ini hanya boleh mendatangkan kecederaan minima dan ia tidak membunuh. Bagi kegunaan Pasukan Gerakan Khas, peluru ini digunakan untuk mencederakan penjenayah sekiranya diarahkan oleh pihak atasan untuk menangkap penjenayah itu hidup-hidup.
Kenderaan Tempur
Berdasarkan laporan, unit ini menggunakan kereta perisai Commando V-150D dan GKN Sankey AT105 yang dilengkapi dengan senjatamesingan M60 oleh Pasukan Gerakan Am sebagai kenderaan tempur didarat khususnya dikawasan bandar dan hutan serta mengubahsuai kenderaan peronda polis (MPV), trak, van dan bas sebagai kenderaan taktikal. Bagi peperangan maritim pula, unit ini dibekalkan dengan bot tempur, jet ski dan Marine Subskimmer (bot selam mini) untuk tugas-tugas operasi amfibi dan kawasan perairan.Sementara bagi penugasan operasi melalui udara, Pasukan Gerakan Khas menggunakan pesawat pengangkutan udara dari jenis C-130 Hercules yang dipinjamkan khas daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pesawat milik Unit Udara PDRM sendiri yang terdiri daripada Cessna 206G, Cessna 208 Caravan 1 dan Pilatus Porter PC-6 bagi kegunaan unit payung terjun, penyusupan lintas udara dan penerjunan bebas (HALO/HAHO) serta helikopter jenis E-Squirrel AS-355 F2/AS-355N bagi tugas pengintipan, penurunan melalui tali dan teknik hover jump iaitu penerjunan dari pesawat ke permukaan air.
No comments:
Post a Comment