my friends...........

Monday 30 August 2010

PENUBUHAN KOR KADET POLIS

1.         LATARBELAKANG

1.1               Atas arahan MAGERAN, Akta Polis 1967 telah dipinda bagi membolehkan penubuhan Kor Kadet Polis di bawah Seksyen 68 Akta tersebut. Berikutan itu sebanyak 56 platun Kadet Polis telah ditubuhkan pada 2 Mac 1970.

1.2               Penubuhan Kor Kadet Polis merupakan salah satu kegiatan kokurikulum sekolah menengah sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961 mengikut Ordinan No. 2 ( Kuasa-kuasa Perlu ) Darurat 1969, P.K.(A) 487 bertarikh 20 November 1969 yang diselaraskan oleh PDRM.

1.3     Memandangkan keberkesanannya, maka Kor Kadet Polis telah diperbesar kepada 204 platun pada tahun 1992 dan kepada 2,546 platun pada tahun 2009 di seluruh negara. Ini bertepatan dengan keperluan Kementerian Pendidikan yang berkehendakkan semua pelajar sekolah menjadi ahli badan beruniform.




2.         MATLAMAT

            Matlamat penubuhan Kor Kadet Polis adalah untuk membentuk masyarakat khususnya para remaja melalui pelbagai aktiviti bagi meningkatkan disiplin diri, membina semangat kerjasama dan patriotik di samping memberi pendedahan dan kefahaman mengenai tugas-tugas kepolisan dan penguatkuasaan undang-undangnya adalah untuk kepentingan masyarakat.




3.         OBJEKTIF

3.1               Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang.

3.2               Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara dalam hal-hal keselamatan.

3.3               Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.4               Membentuk masyarakat yang mempunyai hubungan erat antara PDRM dengan orang ramai yang saling memerlukan.





4.         ORGANISASI

Setiap platun Kadet Polis dianggotai seramai 35 orang iaitu seorang Inspektor Kadet sebagai Komander Platun, seorang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, tiga orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 30 orang sebagai anggota kadet.






5.         SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Pendaftaran masuk ke dalam Kor Kadet Polis adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-

5.1         Pelajar-pelajar sekolah menengah yang berumur tidak melebihi 21 tahun dan tidak kurang daripada 14 tahun.

5.2         Guru-guru dan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pelajaran yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 50 tahun.

5.3         Anggota-anggota daripada Pasukan-Pasukan Kadet Tentera, Kadet Bomba, St John Ambulans dan unit-unit beruniform yang lain tidak boleh menjadi anggota Kor Kadet Polis.

5.4         Semua pelajar lelaki hendaklah mempunyai ketinggian 125 cm atau lebih dan semua guru / pegawai pendidikan lelaki hendaklah mempunyai ketinggian 150 cm atau lebih.

5.5         Semua pelajar wanita hendaklah mempunyai ketinggian 120 cm atau lebih dan semua guru / pegawai pendidikan wanita hendaklah mempunyai ketinggian 150 cm atau lebih.

5.6         Setiap pemohon mempunyai tubuh badan yang sihat dan diakui oleh Pegawai Perubatan.

5.7         Setiap permohonan hendaklah diperakui dan disokong oleh Pengetua Sekolah.



6.         LATIHAN / AKTIVITI

Ketua Polis Daerah bertanggungjawab memberi apa-apa latihan kepada ahli-ahli Kor Kadet Polis mengikut sukatan dan skim latihan yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara seperti berikut :-

6.1       Pengetahuan Am Kepolisan

Perkara-perkara yang berkaitan dengan pengetahuan am kepolisan meliputi kawat, syarahan undang-undang, latihan menembak, perkhemahan dan sebagainya.

6.2       Bina diri / kreativiti

Semua anggota kadet hendaklah didedahkan dan digalakkan memupuk minat terhadap hobi masing-masing melalui projek-projek seperti mengumpul setem, meyediakan model-model, cara-cara memasak, mengubah bunga dan sebagainya.

6.3       Khidmat masyarakat

Aktiviti-aktiviti ini hendaklah dibina ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Latihan-latihan kepolisan dan pertolongan cemas serta lawatan ke rumah-rumah kebajikan dan kerja-kerja amal dikalangan masyarakat hendaklah dijalankan secara berterusan.

6.4       Ketahanan diri

Latihan ini dilakukan dalam bentuk mengembara, ekspedisi, berkayak, berbasikal, merentas halangan, jalan lasak, seni mempertahankan diri, pandu arah dan sebagainya yang boleh dilaksanakan semasa perkhemahan tahunan.


6.5       Kepimpinan

Semua pegawai kanan dan pegawai rendah kadet polis hendaklah dilatih dalam aspek kepimpinan, pengurusan platun dan motivasi agar mereka mempunyai daya kepimpinan terhadap anggota bawahan dengan lebih baik.







7.         PERANAN DAN BIDANG TUGAS

Semua anggota Kor Kadet Polis juga boleh menjalankan aktiviti-aktiviti dalam kawasan sekolah seperti berikut :-

7.1       kawalan orang ramai semasa sukan atau majlis keramaian sekolah;

7.2       kawalan trafik dalam kawasan sekolah;

7.3       bantuan mengekalkan disiplin dan tatatertib di sekolah;

7.4       bantuan kepada anggota polis yang bertugas di sekolah dalam acara- acara tertentu;

7.5       memberi  maklumat  kepada  pihak  pentadbiran  sekolah  jika terdapat atau mengetahui sebarang  kegiatan salah laku oleh mana-mana pihak dalam kawasan sekolah;

7.6       mengambil bahagian dalam aktiviti perkhemahan, perhimpunan, perbarisan dan pertunjukan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

No comments:

Post a Comment