my friends...........

Sunday 5 September 2010

Definisi-definisi perkataan yang penting dalam paper Pengajian AM 2....

   Aeroponik 
Aeroponik merupakan satu cara penanaman sayuran yang terbaik menggunakan udara serta ekosistem air/nutrien tanpa penggunaan tanah.

Akta
Undang-undang yang digubal di Parlimen selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Belanjawan
Satu penyataan hasil dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber-sumber ekonomi Negara untuk memenuhi keperluan rakyat.

Bioteknologi
Merupakan satu bidang sains di mana benda hidup digunakan untuk penghasilan produk atau untuk melakukan sesuatu tugasan untuk manusia.

Bioteknologi merupakan salah satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai aspek seperti perubatan, makanan, persekitaran dan kesejahteraan secara amnya.

Birokrasi
sebuah konsep sosiologi dan sains politik yang merujuk kepada cara bagaimanapun pentadbiran melaksanakan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang sah secara sosial. Pengurusan ini disifatkan dengan tatacara piawai, pembahagian tanggungjawab yang formal, hierarki, dan hubungan tidak peribadi.

Ceti haram
Merujuk kepada orang perseorangan ataupun badan yang menawarkan pinjaman kewangan secara haram pada kadar faedah yang sangat tinggi kepada si peminjam, disusuli dengan ugutan ataupun ancaman keganasan.

El-nino
Merupakan fenomena frasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai putaran selatan El-nino. El-nino dalam bahas spanyol bermakna ‘anak lelaki’ manakala ‘la nina’ pula bermaksud ‘anak perempuan’.
 
Imbangan Pembayaran Malaysia
Anggaran Imbangan Pembayaran Malaysia merupakan satu laporan perangkaan bagi suatu tempoh yang menunjukkan:

i.                   Transaksi ekonomi antarabangsa Malaysia tentang barangan, perkhidmatan dan pendapatan yang diterima daripada dan yang diberikan kepada bukan residen (negara lain di dunia)
ii.                  Bayaran pindahan semasa/modal daripada residen Malaysia kepada bukan residen yang merupakan satu bentuk transaksi di mana satu entiti menyediakan sesuatu yang mempunyai nilai ekonomi kepada entiti lain tanpa menerima balasan; dan
iii.                Perubahan pada tuntutan (aset) kewangan Malaysia terhadap bukan residen dan liabiliti kepada bukan residen.




Internet
Satu jaringan komputer yang meliputi beribu-ribu jaringan dan menghubungkan berjuta-juta manusia di seluruh dunia.

Intranet
Perkhidmatan internet persendirian dalam sesebuah organisasi yang menghubungkan individu dan kumpulan yang berada dalam lingkungan organisasi tersebut.

ISO 9000
Standart bertulis yang menetap dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti bagi memastikan produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Japanese Encephatitis (JE)
Adalah infeksi virus yang melumpuhkan dan parah yang disebarkan oleh nyamuk yang terinfeksi.

Jerebu
Merupakan fenomena atmosfera, yang berlaku apabila debu, asap, zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asp berkumpul pada hari yang gering.

Kawalan biologi
Merujuk kepada penggunaan sesuatu organisma untuk mengawal pembiakan atau populasi organisma lain yang mendatangkan kerosakkan.

Kitar semula
Proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru.

Lapisan ozon
Wujud di antara lapisan stratfera dan mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayang.

Matematik
Merupakan pembelajaran/kajian megenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah.


Statistik
Adalah sains dan aplikasi dalm membangunkan pengetahuan manusia melalui penggunaan data empirikal.

Jenayah kolar putih
Jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaanya serta melibatkan pecah amanah secara tersirat yang wujud bersama-sama jawatan yang dipegang atau mana-mana kedudukan amanah.

OIC
Merupakan satu organisasi antarabangsa di kalangan negara-negara islam yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

OPEC
Pertubuhan negara-negara pengekspor petroleum
Pengeklonan
Mengambarkan keadaan asal proses pengklonan di mana ianya adalah proses pembiakan yang normal di kalangan tumbuh-tumbuhan dan sel-sel mikro-organisma.

Penyakit mental
Penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Perdagangan elektronik
e-dagangan merujuk kepada perniagaan atau paerdagangan yang menggunakan peralatan dan infrastruktur teknologi komunikasi dan maklumat sebagai medium untuk tujuan komunikasi dan juga transaksi.

Program latihan khidmat negara
Satu program pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan posiyif menerusi nilai-nilai murni.

Rasuah
Dengat niat salah menerima daripad seseorang atau memberi kepada seseorang apa-apa suapan sebagai dorongan atau upah untuk melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan urusan rasmi atau urusan prinsipal berkenaan.

Sekolah wawasan
Sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama.




Senjata biologi
adalah senjata yang menggunakan patogen (bakteri, virus, atau organisme penghasil penyakit lainnya) sebagai alat untuk membunuh, melukai, atau melumpuhkan musuh. Dalam pengertian yang lebih luas, senjata biologi tidak hanya berupaorganisme patogen, tetapi juga toksin berbahaya yang dihasilkan oleh organisme tertentu. Dalam kenyataanya, senjata biologi tidak hanya menyerang manusia, tetapi juga hewan dan tanaman.

Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit
lebih dikenali sebagai AIDS, ialah satu penyakit serius disebabkan oleh virus HIV ’ Human Immunodeficiency Virus’.

Sekolah bestari
 merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.


      Sekolah berprestasi tinggi
SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Sekolah kluster
 ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Sindrom pernafasan akut yang teruk
SARS adalah sejenis penyakit pernafasan akut yang teruk yang boleh mengakibatkan penyakit radang paru-paru.

Tenaga nuclear
sejenis tenaga yang "mengikat" nukleus sesebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan melaluitindakbalas nuklear seperti pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear.



Undang-undang
Undang-undang dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda olehmahkamah/polis. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain.

Zon ekonomi eksklusif
"zon ekonomi eksklusif" ertinya zon ekonomi eksklusif Malaysia sebagaimana yang  ditentukan mengikut Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 [Akta 3111].

Pelancongan kesihatan
PELANCONGAN perubatan (medical tourism) merupakan satu sector yang kini muncul sebagai fenomena baru dan berkembang dengan pantas di mana pesakit-pesakit mendapatkan rawatan di luar negara walaupun rawatan serupa ditawarkan di negara sendiri. Keadaan tersebut berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya kos perubatan yang lebih murah sedangkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan setanding dengan perubatan di negara maju.

 APEX
Dalam Bahasa Melayu yang ringkas :- program transformasi universiti
Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada IPT tempatan yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi dan dijanjikan autonomi dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian.




Bahan kimia
bahan kimia adalah satu bahan yang digunakan di dalam atau didapati oleh proses kimia. Ia boleh menjadi satu unsur, sebatian atau campuran. Oleh itu:
§                     Satu unsur kimia adalah satu bahan yang tidak boleh dibahagi atau diubah kepada bahan-bahan yang berlainan oleh cara kimia yang biasa. Zarah unsur yang paling kecil adalah atom, yang mengandungi elektron mengelilingi nukleus iaitu proton dan neutron.
§                     Satu sebatian kimia adalah satu bahan yang mengandungi dua atau lebih unsur kimia yang bergabung secara kimia di dalam satu nisbah yang tetap.
§                     Satu molekul adalah zarah yang paling kecil sesuatu unsur atau sebatian yang mengekalkan ciri-ciri kimia sesuatu unsur atau sebatian.
§                     Satu ion adalah satu atom atau kumpulan-kumpulan atom dengan sejumlah cas elektrik, dengan kehilangan (kation) atau dengan pertambahan (anion) satu elektron.
§                     Perkataan "kimia" boleh merujuk kepada apa-apa bahan kimia, walaupun satu makna popular yang mana "satu produk daripada industri kimia".

Hutan Pantai
Hutan ini didapati di sepanjang pantai negeri Sabah. Hutan in semakin pupus disebabkan oleh skim pembangunan pantai yang semakin meningkat. Spesies yang mendominasi hutan ini ialah Casuarina equisetifolia.
Hutan Bakau
Hutan ini meliputi sebahagian besar pantai barat dan pantai timur negeri Sabah. Rhizophora sp. dan Bruguiera sp. merupakan spesies yang banyak terdapat di kawasan ini. Spesies-spesies tersebut mula dieskport ke luar negeri sejak 1986. Kayu bakau mempunyai kegunaan akhir yang berguna seperti sebagai kayu api, tiang-tiang rumah dan bahan bakar. Kawasan Hutan Bakau penting untuk hidupan laut seperti ikan dan udang.
Hutan Nipah
Hutan ini biasanya didapati tumbuh bersama dengan vegetasi Hutan bakau. Hutan ini tumbuh di kawasan air tawar. Daun nipah digunakan untuk membuat atap rumah manakala luahan digunakan sebagai minyak.
Hutan Transitional
Hutan ini didapati di antara Hutan Bakau, Hutan Nipah atau Hutan Paya dan dikenali sebagai Hutan Tanah Kering. Spesies yang mendominasikan kawasan hutan ini adalah seperti Nibong (Oncosperma sp.), palma, rotan dan merbau (Intsia palembanica).
Hutan Paya
Hutan ini terbentuk di antara Paya Gambut dan paya Air Tawar. Paya Air Tawar menerima sumber air dari kawasan jeram dan sungai, manakala Paya Gambut menerima kelembapan dari air hujan.



Hutan Dipterokap
Terminologi Dipterokap telah diambil sempena sifat fizikal buah yang mempunyai dua helai sayap. Jenis hutan ini mendominasikan hutan di negeri Sabah. Hutan ini merupakan jenis Hutan Hujan Tropika yang terkenal dengan pokok yang mempunyai ketinggian paling tinggi berbanding dengan pokok dari hutan-hutan lain di dunia. Spesies Dipterokap mempunyai banir besar dan pengeluaran bunga dan buah pada dahan. Hutan ini boleh didapati pada ketinggian 900m atas paras laut dan dibahagikan kepada 8 genera utama.
Hutan Riverine
Hutan ini banyak didapati di sepanjang sungai dengan kandungan spesies yang pelbagai. Spesies untuk kayu balak adalah kurang didapati tetapi hutan ini penting sebagai penghalang banjir, pelindung tebing sungai dan mengurangkan hakisan tanah di kawasan tanah curam.
Hutan Kerangas
Hutan ini ditumbuhi pokok-pokok yang berdiameter kecil, daun berkulit dan tanah hutan yang nipis dan berasid. Tanah nipis tersebut biasanya dilapisi batu kapur. Spesies kayu balak dan hidupan liar kurang didapati di kawasan hutan ini.
Hutan Ultrabasic
Struktur hutan adalah berbeza dengan hutan lain. Pokok mempunyai silira dan daun yang kecil. Jenis hutan ini banyak didapati di kawasan berbukit, daerah Telupid.
Hutan Pergunungan
Hutan ini wujud pada ketinggian yang melebihi 900m atas paras laut. Jenis hutan ini boleh didapati di sepanjang Banjaran Crocker dan Gunung Kinabalu. PokokOaks dan Chestnuts banyak didapati kerana tahan dengan tiupan angin kencang dan keadaan cuaca yang ekstrim.
Hutan Cloud
Hutan ini wujud pada ketinggian yang melebihi 2200m atas paras laut dan tumbuh pada lapisan tanah yang nipis. Spesies ini boleh didapati di kawasan Gunung Kinabalu pada ketinggian melebihi 3300m atas paras laut. Spesies lumut dan tumbuhan Red Rhododendrons didapati tumbuh pada pokok rhu dan Dacrydium beccarri.


PENGKELASAN HUTAN
Secara umumnya hutan di Malaysia telah dibahagikan kepada 7 kelas hutan untuk tujuan pengurusan dan pengawalan hutan.
Kelas I - Hutan Perlindungan
Hutan ini berfungsi sebagai kawasan tadahan air dan untuk kepentingan alam sekitar. Kawasan hutan ini tidak boleh dibalak dan jumlah luas melebihi 99980 ha. di negeri Sabah.
Kelas II - Hutan Komersil
Hutan ini boleh dibalak untuk membekalkan pelbagai jenis kayu keras yang berharga seperti Acacia mangium, Paraserianthes falcataria, Gmelina arborea danEucalyptus deglupta bagi kepentingan ekonomi negara. Pembalakan dijalankan selaras dengan prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan seperti yang digariskan dalam dasar Perhutanan Negara 1978 ( Pindaan 1992).
Kelas III - Hutan Domestik
Hasil hutan dari kawasan ini adalah untuk kegunaan tempatan sahaja. Pengeluaran hasil hutan untuk tujuan komersil adalah tidak digalakkan.
Kelas IV - Hutan Ameniti
Hutan ini berfungsi sebagai kawasan arboretum dan menyediakan kemudahan rekreasi. Spesies exotic kadangkala ditanam untuk meningkatkan nilai ameniti kawasan hutan.
Kelas V - Hutan Bakau
Hutan ini berfungsi untuk membekalkan kayu bakau terutamanya Rhizophora sp. Kayu bakau mempunyai kegunaan luas seperti sebagai kayu api, tiang, arang kayu dan bahan samak.
Kelas VI - Hutan Simpan Dara
Hutan ini ditanam unutk tujuan penyelidikan perhutanan. Aktiviti pembalakan adalah dilarang dijalankan di kawasan hutan ini. Hutan Simpan Dara Sepilok merupakan antara salah satu contoh hutan jenis ini.
Kelas VII - Hutan Simpan Hidupan Liar
Hutan ini berfungsi untuk perlindungan dan penyelidikan hidupan liar. Rhinoceros sumatrana merupakan salah satu haiwan terlindung dalam hutan tersebut.

Modal insan
Terdapat pelbagai definisi mengenai modal insan. Ada yang melihat daripada perspektif ekonomi, sosial dan agama. Para pengkaji di Barat melihat daripada perspektif yang berbeza. Gary S. Becker berpendapat modal insan adalah berkaitan dengan ekonomi masyarakat dan negara kerana individu tidak dapat dipisahkan daripada pengetahuan, kemahiran, kesihatan ataupun nilai. Oleh sebab itulah pendapatan yang tinggi, kesihatan yang baik dan pembentukan nilai dan tabiat yang baik akan memberi kesejahteraan kepada kehidupan seseorang.

Warisan
Warisan adalah sesuatu yang diwarisi dari generasi yang terdahulu. Ia merupakan khazanah negara yang pernah atau sedang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu kelompok masyarakat atau manusia sejagat yang menjadi tanggungjawab bersama untuk dilindungi dan dikekalkan.Warisan kita adalah ilmu, pengetahuan dan kepakaran yang diwariskan kepada kita memalui cara hidup, kepercayaan yang dijelmakan melalui objek budaya. Ia menggambarkan memori keseluruhan hidup masyarakat serta melambangkan ketamadunan sesuatu masyarakat itu.

Alam semula jadi
 merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara semula jadi di bumi. Dalam pengertian yang paling tulen, ia adalah persekitaran yang tanpa kegiatan manusia.

Alam sekitar
merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama:
1.     Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku
2.     Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.

Jenayah
Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah.

Jenayah berat 
merupakan jenayah serius yang mengancam sesebuah masyarakat. Seseorang yang melakukan jenayah ini biasanya akan dikenakan hukuman yang berat seperti penjara seumur hidup, sebatan dan hukuman mati. Klasifikasi jenayah berat berbeza dari satu negara ke negara yang lain. Misalnya di Amerika Syarikat pada umumnya, pemilikan senjata adalah tidak menyalahi undang-undang. Manakala, di Malaysia pemilikan senjata adalah satu jenayah berat. Bagi sesetengah negara pula, jenayah adalah berlandaskan undang-undang syariah dan pencuri dan penzina akan dikenakan hukuman yang berat.

Jenayah computer
merujuk kepada penyalahgunaan peralatan komputer bagi merosakkan, mencuri, atau mengubah data dalam komputer bagi tujuan tertentu. Jenayah komputer sukar dibuktikan atau dikesan disebabkan kehilangan data atau penyalinan data berlaku secara maya dan tidak dapat dibuktikan secara fizikal.

Jenayah perang
adalah suatu tindakan "pelanggaran undang-undang atau kelaziman perang", oleh satu atau beberapa orang, yang termasuk teteapi tidak terhad kepada "pembunuhan, penganiayaan atau pengusiran penduduk awam wilayah diduduki ke kem buruh paksa", "pembunuhan atau penganiayaan tawanan perang", pembunuhan tebusan, "pemusnahan sewenang-wenang bandar, pekan dan kampung, dan apa-apa pembinasaan yang tidak berasaskan keperluan tentera" . Pelaku jenayah perang ini disebut penjenayah perang.

Jenayah juvana
merujuk kepada perlakuan jenayah atau anti-sosial golongan juvenil (remaja). Jenayah jenis ini merupakan sesuatu yang makin membimbangkan semua pihak di seluruh dunia. Ia merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan ini mampu melakukan jenayah berat, namun mereka masih belum boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
Antara masalah besar yang dihadapi ialah siapakah yang bertanggungjawab dengan sikap golongan ini. Adakah pihak kerajaan semata-mata, bagaimana pula dengan tanggungjawab ibu bapa? Golongan ini mungkin belum matang dan masih bergantung pada ibu bapa mereka.
Sebenarnya dalam menyelesaikan kes jenayah juvana ini adalah berakar umbikan dari ibu bapa terlebih dahulu baru kita lihat dari aspek persekitaran, sekolah mahupun rakan sebaya.

















No comments:

Post a Comment